PENGENALAN

Yayasan Usaha Maju (YUM) adalah sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri Sabah. YUM menawarkan perkhidmatan kredit mikro iaitu pinjaman perniagaan kepada penduduk negeri Sabah yang berkelayakan agar dapat melahirkan golongan peniaga yang berdaya saing.

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar program ini adalah wanita dari kalangan Ahli YUM yang telah mancapai prestasi pinjaman yang cemerlang dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

KELAYAKAN PEMOHON

  • Ahli yang sah
  • Mempunyai pusat yang aktif dan lengkap
  • Berpendapatan bulanan RM3,000.00 dan ke atas
  • Pernah meminjam sekurang-kurangnya 2 kali
  • Mempunyai rekod bayaran balik pinjaman lepas 100% dan berjaya melunaskan pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Pusat tidak bertunggakan.

JUMLAH PINJAMAN

  • Jumlah pinjaman adalah dari RM10,000.00 hingga RM100,000.00
  • Kelayakan maksimun ditentukan berdasarkan terma dan syarat Pinjaman YUM
  • Jumlah pinjaman yang diluluskan bergantung kepada kesesuaian skala kegiatan dan kemampuan peminjam membayar balik.

TEMPOH PINJAMAN

  • Tempoh bayaran balik pinjaman adalah mengikut  pilihan ditetapkan iaitu 50, 100, 150, 200 atau 250 minggu.