YUM cawangan Tawau telah mengadakan majlis makan malam sempena Anugerah Pusat Cemerlang dan Ketua Pusat Cemerlang Tahun 2019. Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Februari 2020 di Borneo Royale Hotel, Tawau.

Seramai 180 orang hadir memeriahkan majlis tersebut termasuk kakitangan YUM Cawangan Tawau. Majlis yang dirasmikan oleh YB Sarifuddin Bin Hatta, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, turut dihadiri oleh Pengarah Urusan YUM, En. Freddy Rantau.

Berita berkaitan :

https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/16/kerajaan-negeri-komited-bantu-usahawan-luar-bandar

Pada 01 Februari 2020 yang lalu, JKePYUM Cawangan Penampang dengan kerjasama YUM Cawangan Penampang telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Anak Yatim dan golongan istimewa di Bukit Harapan, Manggatal.  Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti ahli YUM Cawangan Penampang sempena Jubli Perak YUM yang bertujuan menyuntik semangat keperimanusiaan dan menyemai amalan beramal secara positif kepada masyarakat yang memerlukan walaupun sibuk menjalankan perniagaan masing-masing.

Seramai 38 orang daripada JKePYUM Cawangan Penampang telah mengikuti lawatan ini yang turut disertai oleh En. Badarudin Estim dan En. Franxi Severict, Penyelia Pinjaman Cawangan Penampang.  Rombongan telah diketuai oleh Pn. Felimena Binti Andreas Doon @ John, Pengerusi JKePYUM Cawangan Penampang. 

Ketibaan rombongan telah disambut oleh seramai 17 orang kakitangan dan 39 orang anak-anak yatim dan golongan istimewa Bukit Harapan.  Seterusnya satu majlis ringkas telah diadakan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan harian dan barangan makanan.  Selain daripada itu, jamuan makan tengahari turut disediakan oleh JKePYUM Cawangan Penampang serta sesi bergambar turut diadakan.

 

Pn. Siti Jaliha Yusof daripada Pusat Kg. Lanas, Kimanis, Cawangan Yayasan Usaha Maju (YUM) Papar, merupakan ahli YUM yang pertama menerima Skim Pinjaman Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SPKS) berjumlah RM150,000.00.  Pinjaman berkenaan diserahkan sendiri oleh Pengarah Urusan YUM, En. Freddy Rantau dalam satu majlis ringkas sempena Mesyuarat Pusat Kg. Lanas, Kimanis Papar pada 15 Januari 2020.  Menurut Pn. Siti Jaliha, pinjaman ini akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kuih-muih tradisional terutamanya kuih cincin iaitu produk perniagaannya yang utama sejak lebih 10 tahun yang lalu.  Sebahagian pinjaman berkenaan akan digunakan untuk menambah dua buah lagi unit rumah sewa dan juga sebagai modal awal bagi pembinaan rumah burung walit.

SPKS adalah produk pinjaman YUM yang baru dan mensasarkan kategori ahli Usahawan YUM yang telah mencapai atau melebihi jumlah jualan kasar setahun di atas RM300,000.00 daripada perniagaan atau perusahaan yang mereka jalankan melalui pembiayaan YUM sebelumnya.  Skim pinjaman SPKS yang baru sahaja dilancarkan oleh YUM pada penghujung tahun 2019 adalah bertujuan untuk menyokong pembangunan perniagaan ahli-ahli Usahawan YUM yang memerlukan pembiayaan kewangan yang lebih besar sehingga RM250,000.00.

 

Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Semporna dengan kerjasama YUM Cawangan Semporna telah bersama-sama menjayakan Majlis Makan Tengahari pada 14 Disember 2019 di Dewan Pai Sheng Kunak.  Seramai lebih kurang 600 orang yang terdiri daripada ahli-ahli YUM, keluarga ahli serta kakitangan YUM telah menghadiri majlis tersebut.

En. Abdul Hamid Sani, Timbalan Pengarah Urusan YUM telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut yang turut dihadiri oleh En. Jayari Hj. Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan), Cik Daisy Livinu, Pegawai Pembangunan (Program Khas) dan En. Nordin Samang, Pengurus Cawangan Semporna.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan pelbagai acara yang menarik diantaranya ialah Persembahan Tarian Kebudayaan, Nyanyian, Pertandingan Pakaian Tercantik dan Cabutan Tiket Bertuah manakala acara kemuncaknya adalah Penyampaian Anugerah Khas.

Penerima Anugerah Khas adalah seperti berikut:

Anugerah Pusat Cemerlang

1.  Pusat Kunak Jaya

Anugerah Ketua Pusat Cemerlang

1.  Puan Rupiah Mad Sali (Pusat Wanita Perkasa)

2.  Puan Rosminah Laangku (Pusat Kunak Jaya)

3.  Puan Esnia @ Miang Jaulan (Pusat Senang Hati)

Anugerah Setiausaha Cemerlang

1.  Puan Yani Mohammad (Pusat Wanita Perkasa)

2.  Puan Rafikahwati Idris (Pusat Wanita Kasturi)

3.  Puan Nooraziana @ Noora Tangkapan (Pusat Kunak Jaya)

Anugerah Usahawan Cemerlang

1.  Puan Rosminah Laangku (Pusat Kunak Jaya)

2.  Puan Mariani Lajani (Pusat Kunak Jaya)

Anugerah Ahli Setia

1.  Puan Mehah Dewet (Pusat Usahawanita Skim)

2.  Puan Satra Jumhaji (Pusat Kunak Jaya)

Mesyuarat Majlis Perwakilan Ahli YUM Kali Ke-5 (Bil. 2/2019) telah diadakan pada 04 hingga 05 Disember 2019 bertempat di Ming Garden & Residences Hotel, Kota Kinabalu.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan YUM serta 21 orang Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pusat YUM.

Profesor Madya Dr. (BK) Rozita @ Uji Mohammad, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah telah dijemput pada 04 Disember 2019 untuk menyampaikan satu ceramah yang bertajuk "Pembangunan Interpesonal:  Cabaran dan Penyelesaian". Keupayaan seseorang yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam pembangunan interpesonal adalah amat penting dalam kehidupan seharian untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.  

Pelbagai usul/cadangan diketengahkan dalam mesyuarat tersebut demi mempertingkatkan pengurusan operasi di cawangan. Disamping itu, Pengarah Urusan juga mengharapkan menjelang tahun 2020 penggunaan teknologi dapat diperluaskan ke seluruh cawangan.