Pn. Siti Jaliha Yusof daripada Pusat Kg. Lanas, Kimanis, Cawangan Yayasan Usaha Maju (YUM) Papar, merupakan ahli YUM yang pertama menerima Skim Pinjaman Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SPKS) berjumlah RM150,000.00.  Pinjaman berkenaan diserahkan sendiri oleh Pengarah Urusan YUM, En. Freddy Rantau dalam satu majlis ringkas sempena Mesyuarat Pusat Kg. Lanas, Kimanis Papar pada 15 Januari 2020.  Menurut Pn. Siti Jaliha, pinjaman ini akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran kuih-muih tradisional terutamanya kuih cincin iaitu produk perniagaannya yang utama sejak lebih 10 tahun yang lalu.  Sebahagian pinjaman berkenaan akan digunakan untuk menambah dua buah lagi unit rumah sewa dan juga sebagai modal awal bagi pembinaan rumah burung walit.

SPKS adalah produk pinjaman YUM yang baru dan mensasarkan kategori ahli Usahawan YUM yang telah mencapai atau melebihi jumlah jualan kasar setahun di atas RM300,000.00 daripada perniagaan atau perusahaan yang mereka jalankan melalui pembiayaan YUM sebelumnya.  Skim pinjaman SPKS yang baru sahaja dilancarkan oleh YUM pada penghujung tahun 2019 adalah bertujuan untuk menyokong pembangunan perniagaan ahli-ahli Usahawan YUM yang memerlukan pembiayaan kewangan yang lebih besar sehingga RM250,000.00.

 

Mesyuarat Majlis Perwakilan Ahli YUM Kali Ke-5 (Bil. 2/2019) telah diadakan pada 04 hingga 05 Disember 2019 bertempat di Ming Garden & Residences Hotel, Kota Kinabalu.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan YUM serta 21 orang Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pusat YUM.

Profesor Madya Dr. (BK) Rozita @ Uji Mohammad, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah telah dijemput pada 04 Disember 2019 untuk menyampaikan satu ceramah yang bertajuk "Pembangunan Interpesonal:  Cabaran dan Penyelesaian". Keupayaan seseorang yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam pembangunan interpesonal adalah amat penting dalam kehidupan seharian untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.  

Pelbagai usul/cadangan diketengahkan dalam mesyuarat tersebut demi mempertingkatkan pengurusan operasi di cawangan. Disamping itu, Pengarah Urusan juga mengharapkan menjelang tahun 2020 penggunaan teknologi dapat diperluaskan ke seluruh cawangan.

 

YUM telah mengadakan Majlis Anugerah Pusat Cemerlang dan Anugerah Ketua Pusat Cemerlang Cawangan Kota Marudu pada 11 Disember 2019 bertempat di Dewan GL Hotel, Kota Marudu.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Sibil Uli, Pengurus Operasi Wilayah Utara yang turut dihadiri oleh En. Zakirun Kulim, Pengurus Cawangan Kota Marudu dan Cik Daisy Livinu, Pegawai Pembangunan (Program Khas).

Dalam majlis itu juga, Cik Daisy Livinu telah membuat sesi perkongsian dengan menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pembangunan Interpersonal: Cabaran dan Penyelesaian".  Ceramah tersebut memberi pendedahan terhadap peningkatan kemampuan menjadi pemimpin dan kerjasama dalam kumpulan.  Selain daripada itu memberi kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk memperbaiki diri terhadap ahli-ahli kumpulan serta mempunyai keyakinan pada diri sehingga dapat membangun hubungan yang baik dengan orang lain.

Penerima Anugerah adalah seperti berikut:

ANUGERAH PUSAT CEMERLANG (APC)

1.  Pusat Rangalau                 -        Pusat dikendalikan oleh PP Assyamohiddin Bin Damit

ANUGERAH KETUA PUSAT CEMERLANG (AKPC)

1.  Pn. Jukia Binti Sadinal                   -           Pusat Rangalau

2.  Pn. Evestifika Wong                       -           Pusat Popok

3.  Pn. Jaita binti Matawai                   -           Pusat Talantang Baru

4.  Pn. Noridah Binti Majimal               -           Pusat Parong

5.  Pn. Roslina Binti Ajim                     -           Pusat Minurod

ANUGERAH AHLI USAHAWAN CEMERLANG

1.  Pn. Juriah Binti Kambang               -           Pusat Popok

2.  Pn. Lodiah Binti Godori                   -           Pusat Kokobuan 2

3.  Pn. Sainah Binti Jalil                       -           Pusat Seri Mawar

4.  Pn. Ronnie Binti Labas                   -           Pusat Minurod

5.  Pn. Yosnah Binti Masikol                -           Pusat Minurod

ANUGERAH AHLI SETIA

1.  Pn. Midong Binti Mazil                    -           Pusat Kampar

2.  Pn. Christina Binti Saidi                  -           Pusat Minansad

3.  Pn. Seimah Binti Kubil                    -           Pusat Kampar

4.  Pn. Juriah Binti Bunahai                 -           Pusat Kampar

5.  Pn. Siti Rufinah Binti Arpah            -           Pusat Korongkom

 

Pada 09 Januari 2020 telah diadakan satu majlis perasmian 'Soft Launching' sambutan Jubli Perak 25 tahun YUM yang telah berlangsung di Shangri-La's Tanjung Aru, Resort & Spa, Kota Kinabalu.  Dalam majlis ini turut diadakan adalah perasmian pelancaran logo dan slogan bagi sambutan Jubli Perak yang akan digunakan sepanjang tahun bagi semua urusan-urusan rasmi YUM.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Kaim Kalimin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah.  Turut sama hadir pada majlis ini adalah Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YUM, Ketua Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan, Ketua Bahagian Kementerian Kewangan, Majlis Perwakilan Ahli, Pegawai-Pegawai Kanan serta kakitangan YUM.

Sambutan 25 tahun Jubli Perak yang akan diadakan pada 30 Jun 2020 adalah acara kemuncak yang dijangka akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah.

Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Pitas yang diketuai oleh Pn. Kristina Gadion dengan kerjasama YUM Cawangan Pitas telah bersama-sama menjayakan Majlis Jamuan Makan Tengahari pada 12 Disember 2019 bertempat di Dewan Belia, Pitas.  Seramai lebih kurang 700 orang yang terdiri daripada ahli-ahli YUM, keluarga ahli serta kakitangan YUM telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis ini telah dimeriahkan dengan pelbagai acara yang menarik diantaranya ialah Persembahan Nyanyian, Pertandingan Ratu Fesyen Kanak-Kanak, Pertandingan Lagu Bebas Suami Ahli, Peraduan Meneka Biji Betik, Cabutan Bertuah, Pencarian King And Queen Bollywood, Penyampaian Anugerah Pusat Cemerlang dan Anugerah Pencapaian Akademik Anak-Anak Ahli.

En. Maklin Masiau, Pegawai Khas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut.  Antara tetamu yang turut menyerikan majlis tersebut ialah En. Sibil Uli, Pengurus Operasi Wilayah Utara, Cik Daisy Livinu, Pegawai Pembangunan (Program Khas), En. Bilson Robert Pasaribu, Pengurus Cawangan Pitas, En. Madusi Mangabun, Pegawai Pembangunan Masyarakat UPPM Pitas, En. Deus Amat mewakili Jabatan Pertanian Pitas dan En. Sabran Amang, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah UPPM Pitas.