YUM dengan kerjasama IXCHEL Corporation (M) Sdn. Bhd telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Perniagaan kepada ahli-ahli Cawangan Keningau pada 15 hingga 16 Julai 2019 iaitu selama 2 hari.  Kursus ini telah diadakan di Hotel Perkasa, Keningau dan dihadiri seramai 60 orang peserta.

Antara modul-modul yang disampaikan adalah seperti berikut:

1.  Memahami Konsep, Hasil, Kos dan Belanja

2.  Memahami dan Menghasilkan Laporan Kewangan

3.  Pengurusan Pendapatan

4.  Analisis Prestasi Perniagaan

5.  Pengurusan Pinjaman

6.  Topik Bonus

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Suraya Hanim Binti Mokhtar, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak melalui kaedah ceramah, percambahan fikiran dan latihan individu dalam kumpulan.

Majlis Penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Rabidin Damit, Pengurus Cawangan Kenaingau.

Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad (KO-YUM BHD) dengam kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah menganjurkan Kempen Derma Darah.

Program ini telah diadakan pada 08 Julai 2019 yang berlangsung dari jam 08.30 pagi hingga 01.00 petang bertempat di ruang legar Wisma Pertanian Sabah.  Program ini mendapat sambutan dan melebihi sasaran dengan jumlah pendaftaran seramai 39 orang namun 11 orang daripada jumlah tersebut tidak layak menderma atas faktor kesihatan yakni kempen kali ini berjaya mengumpul sebanyak 28 pain darah.

Seramai 7 orang kakitangan dari Unit Tabung Darah, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah datang untuk bertugas bagi menjayakan kempen ini.  Program tersebut diketuai oleh Dr. Dinesh Parakash, Pegawai Perubatan dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Tujuan kempen ini adalah untuk membantu masalah kekurangan darah dalam tabung darah di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu disamping dapat memupuk sifat penyayang dan saling tolong menolong.

KO-YUM BHD merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma.

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod telah diadakan pada 10 hingga 11 Julai 2019 bertempat di Hotel Lintas Platinum Kota Kinabalu.  Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Pentadbiran dan Perjawatan dan Unit Latihan Yayasan Usaha Maju (YUM).  Seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pinjaman, Kerani Akaun, wakil dari setiap Unit dan Bahagian Ibu Pejabat, YUM.

YUM telah menjemput dua orang penceramah dari Arkib Negeri Sabah bagi mengendalikan kursus Pengurusan Fail dan Rekod sepanjang dua hari kursus.  Objektif kursus adalah seperti berikut;

a.  Memberi kefahaman tentang prinsip dan konsep pengurusan rekod.

b.  Memberi kefahaman tentang membangunkan klasifikasi fail Housekeeping dan fail Fungsian.

c.  Memberi kefahaman tentang proses bagaimana pengendalian fail, peredaran fail, pembukaan fan penutupan fail.

d.  Memberi kefahaman tentang kulit fail Terbuka, Sulit dan Rahsia.

e.  Memahami proses yang berhubungkait dengan pemusnahan rekod dan juga pemindahan rekod untuk simpanan kekal.

f.  Memberi pendedahan awal tentang Jadual Pelupusan Rekod sebagai satu panduan bagi menentukan tempoh simpanan rekod.

g.  Memberi pendedahan tentang pemeliharaan dan keselamatan rekod. 

Kakitangan Berpindah Tempat Bertugas

Nama
Jawatan
Dari
Ke
Tarikh Lapor Diri
Pn. Suferra Diness
Kerani Akaun
Cawangan Telupid
Unit Kewangan dan Akaun, Ibu Pejabat
15 Julai 2019

 

Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Beaufort yang diketuai oleh Pn. Dolniah @ Polniah Apuk dengan kerjasama YUM Cawangan Beaufort telah bersama-sama menjayakan Majlis Hari Keluarga dan Riang Ria Raya pada 06 Julai 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun Banir.  Seramai lebih kurang 600 orang yang terdiri daripada ahli-ahli YUM, keluarga ahli serta kakitangan YUM telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis ini telah diserikan dengan pelbagai pengisian yang menarik diantaranya ialah Pertandingan Mewarna dan Meniup Belon Kategori Kanak-kanak, Pertandingan Nafas Paling Panjang dengan menyebut 'Yayasan Usaha Maju' Kategori Dewasa, Pertandingan Pakaian Glamour, Cabutan Tiket Bertuah, Hadiah Misteri Pengunjung Bertuah dan Penyampaian Anugerah Akedemik Cemerlang (UPSR, PT3 dan SPM) tahun 2018 bagi anak-anak ahli YUM.

YB Dr. Daud Bin Yusof, Pembantu Menteri, Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap ADUN N. 23 Bongawan telah menyempurnakan perasmian majlis tersebut.  Antara tetamu yang turut menyerikan majlis ialah En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM, YB Tuan Matbali Bin Hj. Musah, ADUN N. 27 Lumadan, YB Datu Isnin Aliasnih, ADUN N. 25 Klias, Puan Hajah Juhairi Binti Matlani, UPPM N. 25 Klias, Tuan Haji Mahadi Bin Mumin, UPPM N. 27 Lumadan, Tuan Haji Jupari Etok, Pegawai Daerah Beaufort, Tuan DSP Azmir Abdul Razak, Ketua Polis Daerah Beaufort, En. Ali Rahman Bin Yusof, Setiausaha Politik kepada Pembantu Menteri KPIM, En. Arzizan Bin Zaini, Pegawai Khas kepada Pembantu Menteri KPIM serta pegawai-pegawai kanan YUM.

Dikemuncak majlis En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM telah menyampaikan anugerah Ketua Pusat Cemerlang, Pusat Cemerlang dan Usahawan Cemerlang bagi tahun 2018.