YUM telah menganjurkan Kursus Teknologi Pemprosesan Hasilan Ikan (Keropok Lekor, Bebola Ikan, Nuget Ikan dan Dim Sum) pada 29 hingga 30 Januari 2019 bertempat di Dewan Rumah Rehat, Kuala Penyu.  Kursus ini adalah anjuran bersama Syarikat Tasek Emas Enterprise yang telah dihadiri seramai 30 orang usahawan daripada Cawangan Kuala Penyu.

Antara topik-topik kursus yang disampaikan ialah Pengenalan Teknologi Pemprosesan Hasilan Ikan dan Teknologi Pemprosesan Keropok Lekor, Bebola Ikan, Nuget Ikan dan Dim Sum.  Selain daripada itu para peserta juga telah didedahkan secara amali pemprosesan Keropok Lekor, Bebola Ikan, Nuget Ikan dan Dim Sum.

Majlis Penutupan dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) yang turut dihadiri oleh En. Doreen Jono, Pengurus Cawangan Kuala Penyu.