YUM dengan kerjasama Majuin Tailor telah menganjurkan Kursus Menjahit Baju Kurung Moden dan Skirt kepada seramai 25 orang usahawan YUM daripada Cawangan Keningau.  Kursus ini telah diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 19 hingga 21 Jun 2019 di Pejabat Yayasan Usaha Maju Cawangan Keningau.

Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang memberi pendekatan pembelajaran sepenuhnya praktikal dan penekanan secara individu.  Para peserta telah diajar teknik menderaf pola baju kurung moden dan skirt, mengambil ukuran badan, merajah asas pakaian, memotong dan menjahit pakaian dan teknik mengemas jahitan.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah dilakukan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) yang turut dihadiri oleh Haji Rabidin Damit, Pengurus Cawangan Keningau.