Pada 01 Februari 2020 yang lalu, JKePYUM Cawangan Penampang dengan kerjasama YUM Cawangan Penampang telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Anak Yatim dan golongan istimewa di Bukit Harapan, Manggatal.  Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti ahli YUM Cawangan Penampang sempena Jubli Perak YUM yang bertujuan menyuntik semangat keperimanusiaan dan menyemai amalan beramal secara positif kepada masyarakat yang memerlukan walaupun sibuk menjalankan perniagaan masing-masing.

Seramai 38 orang daripada JKePYUM Cawangan Penampang telah mengikuti lawatan ini yang turut disertai oleh En. Badarudin Estim dan En. Franxi Severict, Penyelia Pinjaman Cawangan Penampang.  Rombongan telah diketuai oleh Pn. Felimena Binti Andreas Doon @ John, Pengerusi JKePYUM Cawangan Penampang. 

Ketibaan rombongan telah disambut oleh seramai 17 orang kakitangan dan 39 orang anak-anak yatim dan golongan istimewa Bukit Harapan.  Seterusnya satu majlis ringkas telah diadakan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan harian dan barangan makanan.  Selain daripada itu, jamuan makan tengahari turut disediakan oleh JKePYUM Cawangan Penampang serta sesi bergambar turut diadakan.