YUM telah menyertai pameran yang telah diadakan pada 30 April 2018 di Perkarangan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu sempena Program Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pantai Barat Selatan yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Pada program tersebut YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna sempat berkunjung ke gerai pameran YUM yang telah disambut oleh En. Jayari Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) dan seterusnya memberi taklimat ringkas mengenai perkembangan YUM.

Beberapa usahawan YUM telah turut serta di gerai pameran YUM untuk mempromosi dan menjual produk mereka seperti kraftangan yang diperbuat daripada rotan dan manik serta sambal belacan goreng, sambal ikan masin bambangan dan bebola ikan.