Informasi Terkini

Unit Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Kursus Reka Grafik Smartphone di Yayasan Usaha Maju Cawangan Tuaran yang telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2021 iaitu selama 2½  hari bertempat di Multi Purpose Hall Tamparuli. Kursus ini telah dihadiri seramai 29 orang ahli YUM Cawangan Tuaran.

Pengendali Kursus adalah daripada VL Tech Services dan penceramah adalah terdiri daripada En. Awang Amdan S M Darus, En. Mawardi Abdul Ghani dan Pn. Noor Azianie Amdiar. Banyak faedah  yang dapat dipelajari oleh para peserta sepanjang kursus iaitu antara lain ialah:

i.Mempelajari bagaimana mengambil gambar produk/perkhidmatan dengan hanya menggunakan Smartphone dan mengikut teknik-teknik yang betul.

ii.Mempelajari bagaimana proses suntingan foto-foto yang telah diambil menggunakan Smartphone.

iii.Mampu menggunakan Aplikasi Picsart untuk mengedit gambar dan video produk/perkhidmatan.

iv.Mampu menggunakan Aplikasi Canva untuk mengedit gambar dan video produk/perkhidmatan untuk dijadikan satu bahan pemasaran dalam bentuk animasi.

v.Menyedarkan kepada para peserta bahawa kursus ini adalah salah satu kemahiran yang perlu ada untuk membantu dalam aktiviti pemasaran.

Majlis penutupan kursus telah diadakan pada 18 Mac 2021 yang telah disempurnakan oleh En. Jayari Hj. Misuari, Pengarah Urusan YUM.  Beliau seterusnya telah menyampaikan sijil kepada para peserta kursus.  Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Hassan Ahmad, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan Usahawan).  

Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu inisiatif Pengurusan YUM khususnya Pengarah Urusan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh peminjam dan pada masa yang sama mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian.

Seramai 4 orang peminjam bermasalah telah hadir dalam pertemuan tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat YUM Cawangan Penampang. Turut hadir adalah En Andrew Richard, Penolong Pengarah Urusan (Operasi ), En Bindai Sandau, Pengurus Operasi ( Kutipan dan Kawalan Kredit ) dan En. Marcellus Limpat, Pengurus Cawangan Penampang. Semasa pertemuan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam, peminjam-peminjam telah memaklum kepada Pengarah Urusan masalah yang mereka hadapi dan punca-punca yang menyebabkan kegagalan mereka. Antaranya adalah :

  1. Masalah penghutang iaitu peminjam YUM telah membekalkan barangan jualan kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Kota Kinabalu dan Ranau. Penghutang gagal menjelaskan hutang mereka dan ini mengakibatkan peminjam YUM mengalami masalah aliran tunai.
  2. Masalah ekonomi yang merundum dan persaingan khususnya mereka yang berniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu.
  3. Masalah kesihatan yang menyebabkan peminjam YUM tidak dapat menjalankan kegiatan sepenuh masa.
  4. Masalah modal kerja kerana peminjam telah menggunakan modal asal untuk memulakan kegiatan baru yang bersifat jangka panjang

Di akhir pertemuan ini, Pengarah Urusan telah mencadangkan beberapa kaedah penyelesaian yang boleh membantu para peminjam. Pada masa yang sama beliau meminta para peminjam untuk meneruskan perniagaan mereka walaupun dengan kekangan modal akibat beberapa keputusan silap yang mereka lakukan dalam pengendalian perniagaan mereka. Pengarah Urusan juga berharap para peminjam dapat memberikan komitmen penuh kepada keputusan penyelesaian yang dipersetujui. Beliau faham dalam perniagaan sentiasa ada kejayaan, cabaran dan kegagalan tetapi para peminjam berkenaan tidak harus berhenti mencari penyelesaian kerana jika mereka berputus asa maka matlamat YUM untuk membantu membangunkan ekonomi kumpulan sasar juga akan turut terjejas.

Pengalaman menunjukkan bahawa ahli-ahli YUM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya sekiranya mereka mempunyai Pusat yang berjaya. Pentadbir Pusat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan Pusat. Menyedari akan hakikat ini, YUM melalui Bahagian Operasi telah menganjurkan Kursus Pentadbir Pusat yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan Pusat.

Setiap kursus yang dianjurkan disertai sekitar 60 hingga 80 peserta yang terdiri daripada Ketua Pusat, Timbalan Ketua Pusat dan Setiausaha Pusat.

                                            

OBJEKTIF KURSUS

1. Pentadbir Pusat memahami peranan mereka untuk memastikan matlamat YUM tercapai.

2. Pentadbir Pusat memahami kepentingan dan fungsi dokumen-dokumen kewangan yang

    digunakan semasa MP.

3. Pentadbir Pusat memahami bagaimana menjalankan MP dengan cekap dan berkesan.

KANDUNGAN KURSUS

1. Tanggungjawab Pentadbir Pusat untuk memastikan matlamat YUM tercapai.

2. Fungsi Dan Peraturan Penting Penyelenggaraan Dokumen Kewangan   Di MP.

3. Pengendalian MP Yang Berkesan

JADUAL

KURSUS PENTADBIR PUSAT 2018

 
     

BIL

CAWANGAN

TARIKH KURSUS

1

BEAUFORT

22/3/2018

2

PENAMPANG

5/4/2018

3

PITAS

20/6/2018

4

SIPITANG

12/7/2018

5

RANAU

18/7/2018

6

KENINGAU( Siri 1 )

19/7/2018

7

KENINGAU ( Siri 2 )

2/8/2018

8

TAMBUNAN

9/8/2018

9

TUARAN

                           16/8/2018

10

KENINGAU (Siri 3 )

23/8/2018

11

KENINGAU ( Siri 4 )

13 /9/2018

12

NABAWAN

20/9/2018

 

GAMBAR SEMASA KURSUS

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN RANAU

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN SIPITANG

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN KENINGAU (Siri 1)

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN PITAS

 

KURSUS PENTADBIR PUSAT CAWANGAN TAMBUNAN

Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang kakitangan, bertujuan memberi kesedaran kepada kakitangan YUM kategori pengurusan berkaitan ICT. 

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan semasa seminar tersebut iaitu :-

  1. YUM Ke Arah Organisasi Berteraskan ICT  -  Oleh : En. Abd. Hamid Sani, Timbalan Pengarah Urusan YUM
  2. Kesedaran Keselamatan ICT                       -  Oleh : En. Jason Chin, Pengurus Sistem Maklumat
  3. Information Governance                              -  Oleh :  En. Ebenezer Godomon, Ketua Bahagian Pusat Data Kerajaan Negeri Sabah (JPKN)

Sebelum itu, pada malam 31 Mac 2019, satu taklimat mengenai aplikasi baharu YUM iaitu eCuti, eDokuman dan Payroll telah disampaikan oleh Pengurus Sistem Maklumat. 

Majlis Perasmian Penutupan seminar ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan YUM, En. Freddy Rantau.

Taklimat Pelam Strategik YUM 2016 - 2020 telah diberikan kepada kakitangan di semua Wilayah termasuk Ibu Pejabat bermula di Wilayah Pedalaman pada 03 Ogos 2017 bertempat di Pejabat Cawangan Keningau. Disusuli oleh Wilayah Barat pada 23 Ogos 2017 bertempat di Cawangan Kota Marudu, Ibu Pejabat pada 28 Ogos 2017 dan Wilayah Timur pada 14 September 2017 bertempat di Cawangan Lahad Datu.

Hampir semua kakitangan telah menghadiri taklimat berkenaan yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) dan Penolong Pengarah Urusan (Perancangan). Selain taklimat, dialog dengan kakitangan juga telah diadakan yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Urusan dan beberapa pegawai kanan YUM. Tujuan taklimat ini adalah memberi kefahaman dan penjelasan lanjut mengenai hala tuju YUM dalam tempoh 5 tahun akan datang (2016 - 2020). 

Tiga taklimat disampaikan iaitu Pelan Strategik YUM 2016 - 2020 disampaikan oleh Pengarah Urusan YUM En. Freddy Rantau, Pelan Operasi dan Kewangan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan (Perancangan) En. Roseli Sindong dan Pelan Pembangunan Usahawan oleh Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan) En. Jayari Misuari. Manakala dialog dengan kakitangan dibuat untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak kakitangan lapangan.