Informasi Terkini

Majlis sambutan Hari Keluarga bagi ahli Yayasan Usaha Maju Cawangan Beaufort telah diadakan pada 22 Ogos 2015 bersamaan dengan hari sabtu, bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd. Dun, Beaufort. Objektif utama sambutan Hari Keluarga ini ialah;

  1. Merai dan merayakan hubungan kerja di antara ahli dan kakitangan YUM;
  2. Mengukuhkan hubungan kerja yang lebih mesra dan positif sesama ahli dan/dengan kakitangan YUM;
  3. Menyediakan ruang khusus untuk ahli dan kakitangan YUM berinteraksi dan menjalankan aktiviti-aktiviti bersama; dan
  4. Membina imej YUM sebagai institusi kredit mikro prioriti.

Selain penyampaian anugerah kepada Pusat dan Ketua Pusat Cemerlang Yayasan Usaha Maju Cawangan Beaufort, pelbagai pertandingan juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Antaranya pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, karaoke dewasa (single/duet) dan kanak-kanak, menghias kek dan gubahan bunga plastik. Sukaneka, persembahan kebudayaan oleh ahli-ahli YUM serta pameran produk ahli juga dimasukkan dalam program majlis tersebut.