Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • KURSUS REKA GRAFIK SMARTPHONE (794)

      2021-03-25 17:20:10

      Unit Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Kursus Reka Grafik Smartphone di Yayasan Usaha Maju Cawangan Tuaran yang telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2021 iaitu selama 2½  hari bertempat di...

    • Program Pengarah Urusan Bersama Peminjam Bermasalah (21852)

      2019-05-10 10:27:36

      Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu...

    • Seminar ICT Yayasan Usaha Maju 2019 (25780)

      2019-04-04 11:46:05

      Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang...

    << < 1 2 3 4 5 6 > >> (6)
  • Berita Semasa
    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 > >> (26)

YUM cawangan Tuaran telah menganjurkan Seminar Pemasaran Digital pada 13 Oktober 2016, bertempat di Bilik Seminar Restoran Arifah. Seramai 60 orang ahli YUM telah menyertai seminar tersebut yang diadakan secara percuma dengan kerjasama syarikat Bumitera Jaya Sdn. Bhd. Antara lain objektif seminar ialah:-

  • Mempelajari teknik pemasaran internet yang betul
  • Peluang memperkenalkan produk di alam maya
  • Peluang mengembangkan perniagaan internet
  • Peluang menjadi usahawan internet berjaya
  • Peluang menambah ilmu dalam bidang pemasaran internet.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil penyertaan telah disempurnakan oleh En. Jayari Hj. Misuari, Penolong Pengarah Urusan (Pembangunan). Dalam ucapan perasmian penutupan, beliau menggalakkan ahli-ahli YUM menceburi bidang perniagaan online, selaras dengan perkembangan semasa.  Selain mempelbagaikan peluang perniagaan, pemasaran secara digital ini menawarkan kos yang lebih realistik dan sasaran yang tepat.