Informasi Terkini

Kursus ini telah diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2016 bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Kursus ini telah dihadiri seramai 36 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai gred Bahagian Korporat, Ibu Pejabat Yayasan Usaha Maju (YUM). Unit Latihan YUM telah menjemput penceramah dari INTAN Sabah iaitu En. Zaafar Bin Mohd. Sanid.

Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk :-

  1. Meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan di kalangan pegawai dan kakitangan Bahagian Korporat YUM.
  2. Mewujudkan kerjasama yang harmoni di antara kakitangan YUM tanpa mengira unit / bahagian.
  3. Mengukuhkan jati diri dan sifat kepunyaan dikalangan warga YUM.

 

Peserta Kursus

 

Aktiviti Kumpulan