Informasi Terkini

Kursus ini telah diadakan pada 21 September 2016, bertempat di Bangunan Serbaguna Tingkat 1, Restoran Ala Thai, Lahad Datu. Kursus sehari ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang Ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (YUM) Cawangan Lahad Datu. Dalam ucapan perasmian,Pengurus Operasi Wilayah Timur, Puan Sharini Sahat mengharapkan kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dan seterusnya dikongsi bersama dengan ahli-ahli pusat lain sebagai titik tolak menjadi seorang pemimpin serta pentadbir pusat yang berkelibar dan disegani.

Ceramah dan aktiviti berkumpulan sepanjang kursus dikendalikan oleh Cik Daisy Livinu, Pegawai Pembangunan (Program Khas) manakala Taklimat Pencapaian Cawangan Lahad Datu telah disampaikan oleh Pengurus Cawangannya En. Zakirun Kulim.