Informasi Terkini

Unit Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) Yayasan Usaha Maju dengan kerjasama Bumitera Jaya Sdn. Bhd. telah menganjurkan Seminar Pemasaran Digital untuk ahli cawangan Penampang pada 20 Oktober 2016, bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan, Penampang. Program sehari ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 100 orang. Semasa program ini, peserta telah diberikan pendedahan dan bimbingan tentang teknik pemasaran yang betul, peluang memperkenalkan dan mengembangkan produk di alam maya, ke arah menjadi usahawan internet yang berjaya.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju. Antara intipati ucapan perasmian penutupan, beliau telah menasihati dan menggesa peserta kursus agar menggunakan kemajuan teknologi dalam menggembangkan bidang perniagaan, mempunyai matlamat yang jelas serta bijak mengurus masa untuk mengimbangi peranan sebagai seorang ibu, juga pengusaha mikro demi kesejahteraan hidup keluarga.