Informasi Terkini

Yayasan Usaha Maju (YUM) telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik selama 3 hari iaitu pada 11hb. hingga 13hb. Oktober 2015, bertempat di Dewan Rafflesia, Hotel Putatan Platinum, Kota Kinabalu. Peserta bengkel terdiri dari pegawai-pegawai peringkat pengurusan dan Pegawai Pinjaman yang dipilih dari beberapa cawangan. Dalam ucapan penangguhan Bengkel Pelan Strategik YUM 2016 - 2020, Pengarah Urusan YUM mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana menyertai secara aktif dalam memberi sumbangan buah fikiran dan input-input sepanjang bengkel. Dapatan-dapatan dan input-input daripada perbincangan kumpulan akan digunakan untuk menggubal Pelan Strategik YUM 2016 - 2020 nanti.

Pengarah Urusan juga berharap segala maklumat tentang status dan perancangan YUM dalam Pelan Strategik sebelumnya, memberi pengajaran dan dorongan kepada semua kakitangan untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. 

 

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Datu Basrun Hj. Datu Mansur, Pengurus Besar KPD

 

Peserta semasa bengkel berlangsung

 

Gambar kenangan peserta bengkel 

 

Aktiviti Bengkel : Perbincangan Kumpulan