Informasi Terkini

KUDAT: Pusat Radtak (1) dan Pusat Radtak (2) telah bergabung mengadakan Hari Keluarga pada 12 Februari 2016 bertempat di dewan Kg. Radtak yang dirasmikan oleh En. Sibil Uli, Pengurus Operasi Wilayah Utara. Sambutan majlis Hari Keluarga ini turut dihadiri oleh kakitangan YUM cawangan  Kudat serta seramai lebih seratus orang terdiri dari keluarga ahli dan juga penduduk kampung Radtak. Tujuan utama sambutan Hari Keluarga ini ialah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli dan keluarga masing-masing serta kakitangan YUM cawangan Kudat. Aktiviti yang yang diadakan dalam majlis ini antaranya ialah cabutan tiket bertuah, sukaneka serta tarian kebudayaan dan moden yang dipersembahkan oleh ahli-ahli YUM bersama anak-anak mereka.

        Dalam ucapan perasmiannya, En. Sibil Uli memuji sikap persefahaman yang ada dikalangan ahli dengan penduduk kampung sehingga berjaya menganjurkan program seumpama ini dan berharap kejayaan ini akan menjadi contoh kepada pusat YUM di seluruh daerah Kudat. Beliau juga melahirkan keyakinan berdasarkan kerjasama semua pihak termasuk suami ahli dan penduduk kampung, pusat ini dapat mengekalkan prestasi pembayaran pinjaman yang baik.

 

Bacaan Ikrar Ahli Sebelum Majlis Bermula

 

Hadirin

 

Tarian Kebudayaan Oleh Anak-Anak Ahli

 

Hadiah Cabutan Tiket Bertuah