Informasi Terkini

Seramai 50 orang ahli YUM Cawangan Ranau telah menyertai Seminar Keusahawanan Wanita 2016 yang telah dianjurkan oleh MPWS pada 07 April 2016 bertempat di Dewan Balai Polis Ranau.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam, ADUN N. 29 Kundasang merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.  Turut hadir ialah Pengarah Urusan YUM, En. Freddy Rantau yang juga selaku Pengerusi Penganjur.

Antara objektif dalam seminar tersebut ialah:-

1.  Menyebarluas maklumat tentang celik kewangan kepada para usahawan dan bakal usahawan wanita.

2.  Memberi kesedaran tentang peluang-peluang perniagaan terkini.

3.  Memberi peluang kepada institusi kewangan atau bank untuk mempromosikan perkhidmatan dan produk-produk pinjaman mereka.

4.  Sebagai saluran atau platform untuk menerima maklumbalas daripada masyarakat setempat berhubung isu semasa atau masalah berkaitan keusahawanan wanita.

Beberapa program telah diatur oleh pihak penganjur termasuklah ceramah daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.  Manakala pihak YUM turut mengambil bahagian dalam forum dan pameran agensi pembiayaan.