Informasi Terkini

 

Kepimpinan melibatkan kebolehan mempengaruhi dan menyakinkan manusia dalam dan luar organisasi untuk bekerja dan membantu kearah pencapaian matlamat organisasi  (Lee Ong Kim).

Bersesuaian dengan perkembangan positif dan pembangunan program kredit YUM, peranan dan fungsi para pentadbir Pusat yang diterajui oleh Ketua Pusat, Timbalan Ketua Pusat dan Setiausaha Pusat perlulah dikukuhkan dan dipertingkatkan.  Ini membolehkan Pentadbir Pusat dapat memainkan peranan yang dipertanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berkebolehan serta bersedia menghadapi sebarang masalah di Pusat yang semakin mencabar.

YUM Cawangan Ranau dan Kudat baru-baru ini telah mengadakan Kursus Keberkesanan Kepimpinan Pentadbir Pusat. 

Cawangan

Tarikh

Tempat

Jumlah kehadiran

Ranau

18 April 2016

Perpustakaan Negeri Sabah Daerah Ranau

25 orang

Kudat

20 April 2016

Perpustakaan Negeri Sabah Daerah Kudat

25 orang

 

Objektif kursus ini diadakan adalah:

  1. Memberi kesedaran kepada Pentadbir Pusat akan peranan dan fungsi mereka sebagai anggota pengurusan YUM yang membantu membantu mencapai objektif YUM;
  2. Meningkatkan kemahiran kepimpinan para Pentadbir Pusat; dan
  3. Memperkasa para peserta dengan mengiktiraf peranan mereka sebagai Pentadbir Pusat.

Selain daripada taklimat pencapaian Cawangan, topik-topik ceramah yang disampaikan ialah Kepimpinan, Cabaran Pembentukan Pusat YUM yang cemerlang serta Mesyuarat Pusat yang efektif dan sistematik.

Peserta Kursus Cawangan Ranau

 

Peserta Kursus Cawangan Kudat