Informasi Terkini

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Bobbey Ahfang Suan, ADUN N.38 Nabawan merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah yang telah diadakan pada 14 Julai 2016 bertempat di Dewan Kelab Belia Nabawan.  Turut sama hadir dalam majlis berkenaan ialah En Freddy Rantau, Pengarah Urusan YUM dan Pn. Florence @ Faridah Ambiang, Pengerusi Jawatankuasa Ketua Pusat Nabawan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana majlis tersebut.

Memeriahkan lagi majlis ini, pihak penganjur telah mengadakan beberapa program antaranya ialah pertandingan Karaoke, pertandingan Masakan Tradisi, pertandingan Ratu Fesyen Kanak-Kanak, penyampaian Anugerah dan Hadiah Khas serta cabutan Tiket Bertuah.

Acara kemuncak majlis tersebut ialah pertandingan Ratu Pinongkoloh yang telah disertai oleh ahli-ahli YUM Cawangan Nabawan.  Gelaran Ratu Pinongkoloh telah diberikan kepada Pn. Mahani Asok manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Pn. Napia Lumping dan Pn. Andulinah Angkaring.