Informasi Terkini

Unit Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran) telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Kewangan Peribadi kepada para peserta 1AZAM II YUM.  Kursus ini telah diadakan pada 25 Ogos 2016 bertempat di Dewan Seminar, Hotel Hexan, Kota Marudu.  Seramai 27 orang peserta telah menghadiri kursus berkenaan.

Antara objektif kursus ialah:

1.  Memberi kesedaran yang mendalam tentang kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian.

2.  Memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan wang dengan bijaksana.

3.  Meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan pinjaman.

4.  Memberikan pengetahuan tentang pengurusan perniagaan yang berkesan dalam membantu meningkatkan                      pendapatan keluarga.

Kursus sehari ini telah disampaikan oleh penceramah daripada Syarikat Ehida 4M Vision dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh En. Hassan Ahmad, Pengurus Pembangunan (Keusahawanan dan Pemasaran).