Informasi Terkini

Kursus Asas Pengurusan Kewangan Peribadi fasa 2 untuk peserta 1 AZAM II bagi Cawangan Papar, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang telah diadakan dengan jayanya pada 22 September 2016 bertempat di Bilik Seminar Hotel River Park, Beaufort. Seramai 22 orang peserta telah menghadiri kursus wajib berkenaan. Kursus sehari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah bertauliah dari syarikat Whida 4M Vision. Objektif kursus adalah :-

  • Mendedahkan tentang kemahiran asas pengurusan kewangan peribadi dan perniagaan.
  • Menanamkan kepentingan pengurusan kewangan untuk jaminan kerjaya dan kehidupan.
  • Mengujudkan individu peniaga yang berjaya.

Matlamat kursus:-

  • Membimbing untuk mempraktikkan kaedah pengurusan kewangan peribadi dalam kerjaya.
  • Membina perilaku kewangan yang positif.
  • Mensasarkan kemahiran asas dalam membuat keputusan kewangan secara logik dan rasional.

Modul kursus:-

  • Asas Pengurusan Kewangan Peribadi
  • Asas Pengurusan Kredit
  • Asas Pengurusan Perniagaan.