Informasi Terkini

  • Program dan Latihan
    • KURSUS REKA GRAFIK SMARTPHONE (732)

      2021-03-25 17:20:10

      Unit Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Kursus Reka Grafik Smartphone di Yayasan Usaha Maju Cawangan Tuaran yang telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2021 iaitu selama 2½  hari bertempat di...

    • Program Pengarah Urusan Bersama Peminjam Bermasalah (21789)

      2019-05-10 10:27:36

      Pada 29hb April 2019, Cawangan Penampang telah menganjurkan program khas perjumpaan En. Freddy Rantau, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju bersama peminjam bermasalah. Program ini adalah satu...

    • Seminar ICT Yayasan Usaha Maju 2019 (25706)

      2019-04-04 11:46:05

      Buat julung-julung kalinya YUM telah menganjurkan Seminar ICT pada 31 Mac 2019 hingga 01 April 2019, bertempat di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu. Seminar yang disertai oleh lebih 30 orang...

    << < 1 2 3 4 5 6 > >> (6)
  • Berita Semasa
    << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 > >> (26)

YUM telah berpeluang mengadakan pameran dan kaunter perkhidmatan sempena Majlis Penutupan Program Sosio-Ekonomi ESSCOM dengan kerjasama pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah pada 14 Ogos 2020 di Dewan Masyarakat, Sandakan di mana para peserta boleh mendapatkan maklumat mengenai YUM serta skim-skim pinjaman yang ditawarkan.

Beberapa buah jabatan/ agensi kerajaan turut serta dalam mengadakan pameran dan perkhidmatan kaunter untuk memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat mengenai jabatan/ agensi masing-masing.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Zainudin bin Aman, Pengarah JPSM Sabah. Acara kemuncak pada majlis ini ialah acara memeterai MOU di antara ESSCOM dan JPSM Sabah.

Selain itu, Sijil penghargaan kepada jabatan/ agensi kerajaan yang turut serta dalam mengadakan pameran dan perkhidmatan kaunter telah disampaikan oleh En. Wong Foo Tin, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).