Informasi Terkini

Pandemik Covid-19 bukanlah penghalang YUM untuk terus memberikan khidmat kepada ahli-ahlinya. Terbaharu, satu majlis Penyerahan Pinjaman telah diadakan di cawangan Lahad Datu. Memandangkan seluruh negeri masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa 2), hanya 5 orang hadir di Pejabat dengan mematuhi protokol Kesihatan yang ketat. Pengurus Operasi Wilayah Selatan Pn. Sharini Sahat, Pengurus Cawangan Lahad Datu En. Carlneno Jison, Penyelia Pinjaman En. Mohd Najib Jikeron, Ketua Pusat Anjung Teduh dan penerima pinjaman Skim Pinjaman Usahawan Kecil dan Sederhana (SPKS) Pn. Ispalizawti Binti Basah.

Pengarah Urusan YUM En. Jayari Hj. Misuari, Timbalan Pengarah Urusan (I) En. Andrew Richard, Timbalan Pengarah Urusan (II) En. Roseli Bin Sindong serta Pegawai-Pegawai Kanan YUM telah mengikuti majlis tersebut, yang diadakan secara maya menerusi aplikasi Zoom Meeting. Seramai 20 orang lagi yang terdiri daripada kakitangan YUM Lahad Datu dan ahli-ahli Pusat Anjung Teduh, juga turut mengikuti majlis penyerahan pinjaman ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengarah Urusan YUM En. Jayari Hj. Misuari merakamkan tahniah kepada cawangan Lahad Datu kerana berjaya menganjurkan majlis Penyerahan Pinjaman secara maya yang julung kali diadakan. Beliau juga memuji penerima pinjaman iaitu Pn. Ispalizawti Binti Basah, yang berani menghadapi cabaran dan bijak memilih perniagaan yang berdaya maju ketika seluruh dunia terkesan dengan masalah pandemik covid-19. Beliau berharap kegigihan peminjam ini dapat dicontohi oleh ahli-ahli di cawangan lain.

 

ldspks01

Penyerahan Pinjaman dilakukan di Pejabat dengan protokol kesihatan ketat

 

 ldspks04

 Pengarah Urusan merasmikan majlis menerusi aplikasi Zoom Meeting

 

ldspks05

Sebahagian Pegawai dan ahli YUM mengikuti majlis Penyerahan Pinjaman