Informasi Terkini

Kursus Induksi Pegawai Pinjaman YUM telah diadakan pada 8-10 November 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat YUM. Kakitangan YUM yang terdiri daripada lima orang Pegawai Pinjaman dan seorang Pengurus Cawangan telah menghadiri kursus tersebut.

 

Kursus ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berkenaan tugas dan peranan seorang Pegawai Pinjaman sekaligus memperkasakan Pegawai Pinjaman YUM selaku pegawai kedua tertinggi di cawangan yang boleh membantu Pengurus Cawangan mentadbir dan mengurus cawangan dengan efektif.

 

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dengan kehadiran Pengurus Pentadbiran dan Personel. Semasa ucapan penutupan, Pengarah Urusan mengingatkan peserta agar menyahut cabaran tanggungjawab baharu yang diamanahkan kepada mereka. Pengalaman dan kemahiran yang mereka perolehi hendaklah dimaksimumkan untuk melancarkan operasi penyampaian perkhidmatan YUM. Beliau turut mendorong peserta kursus agar bersikap terbuka dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang berguna untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam kerjaya mahupun di luar kerjaya.

 

IMG 20211110 130436 2

Peserta kursus bersama Pengarah Urusan dan Pengurus Pentadbiran dan Personel