Program Bengkel Kepekaan Gender telah diadakan pada 6hb. dan 7hb. November 2014 bertempat di Hotel Zara Boutique, Kota Kinabalu. Bengkel yang disertai oleh kakitangan Kumpulan Pengurusan, Yayasan Usaha Maju (YUM) ini telah dirasmikan oleh Datuk Mariati Robert selaku Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah. Objektif bengkel ini adalah bagi menyediakan kakitangan Kumpulan Pengurusan untuk mengurusperdanakan gender dalam program pembangunan YUM. Bengkel ini telah dianjurkan dengan kerjasama  Jawatankuasa Gender MPWS dengan dokongan urusetianya, Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa).

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah Urusan YUM Encik Freddy Rantau mengatakan bahawa aspek gender sesuai diperkenalkan dalam program pembangunan YUM kerana peranannya sebagai agensi pelaksana program kredit mikro kerajaan yang menyasarkan kaum wanita.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kepekaan Gender MPWS Datuk Siti Aishah Mohd. Asri, Timbalan Pengarah Urusan YUM Encik Abdul Hamid Sani dan Pengurus Latihan YUM Puan April Susan Roland.