Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2015 Peringkat Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah diadakan pada 15 Ogos 2015 bertempat di Dewan BTC, Inanam.

Antara matlamat majlis ini diadakan adalah untuk menghargai para penderma khususnya dan organisasi yang menganjurkan kempen derma darah amnya.

Sempena sambutan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada KO-YUM sebagai PENGANJUR KEMPEN DERMA DARAH PALING AKTIF di kawasan Kota Kinabalu.  Sesungguhnya KO-YUM amat berbangga di atas penghargaan itu dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kempen derma darah tersebut.

             Sijil Penghargaan dan cenderamata

 

Pengerusi KO-YUM bangga dengan penghargaan yang diperolehi