Pada penggajian bulan Januari 2017, sebanyak RM13.75 seorang telah dipotong dari gaji setiap kakitangan YUM kecuali kakitangan Cawangan Kota Belud kerana difahamkan bahawa cawangan ini telah memberi bantuan derma lebih awal iaitu pada Disember 2016.  Pihak YUM telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM3,000.00 dan disampaikan oleh En. Abdul Hamid Sani, Timbalan Pengarah Urusan kepada PP En. Akim @ Akin Bin Apok pada 20 Januari 2017 bertempat di Cawangan Kota Belud.

Bantuan Derma ini adalah bagi menggambarkan keperihatinan warga YUM keseluruhan kepada beliau yang kehilangan segala harta benda kerana rumah kediamannya musnah akibat kebakaran pada petang 21 Disember 2016 dan pada masa yang sama beliau akan bersara pada penghujung bulan Februari 2017.