Pengurusan Kanan YUM yang diketuai oleh Pengarah Urusan, En. Freddy Rantau telah mengadakan lawatan di Daerah Tambunan dan Ranau pada 28 dan 29 Julai 2020. Pengisian program semasa lawatan ini ialah sesi dialog bersama JKePYUM Tambunan dan Ranau dan lawatan projek usahawan-usahawan di bawah bimbingan YUM. Lawatan ini juga disertai oleh Pengurus Operasi Wilayah Barat, En. Polimun Tinsuk.
Pihak Pengurusan Kanan YUM turut berkunjung ke Rumah Anak Yatim Bondulu, Toboh Tambunan bersama dengan JKePYUM Tambunan untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada penghuni-penghuni rumah tersebut.
Berikut merupakan projek usahawan yang dilawat:
TAMBUNAN |
||
Nama Usahawan |
Nama Pusat |
Kegiatan |
Pn. Yong Fui Kin |
Pusat Dalungan |
Kedai Jual Pakaian, Kasut Sekolah |
Pn. Bridget Ignatius |
Pusat Toboh 2 |
Salon Kecantikan |
Pn. Chrisnavellyn David |
Pusat Tanaki |
Aksesori Handphone, Vape |
Pn. Flora Samat |
Pusat Gagaroan |
Kedai Aluminium |
RANAU |
||
Nama Usahawan |
Nama Pusat |
Kegiatan |
Pn. Selitah Sinit |
Pusat Kandawayon |
Mini Market |
Pn. Halinah Jamita |
Pusat Poring |
Restoran, Kedai Runcit, Kolam, Ladang Arnab |
Pn. Farahana Sukimin Abdullah |
Pusat Poring |
Kraftangan, Kedai Runcit, Sewa Premis |
vTujuan lawatan ‘turun padang’ ini adalah untuk melihat dan mendapatkan maklum balas ahli-ahli YUM yang terjejas akibat COVID-19 serta memberikan semangat dan urusan penggalakan untuk ahli-ahli yang dilawat.
https://www.yumsabah.com.my/my/index.php/cawangan-yum/wilayah-barat/ranau/8-berita-semasa/338-lawatan-rombongan-pengurusan-kanan-yayasan-usaha-maju#sigFreeId0845036ebb