Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi telah diadakan pada 6hb hingga 7hb Disember 2016 bertempat di Bilik Carnation, Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu. Kursus yang disertai oleh seramai 28 orang kakitangan Yayasan Usaha Maju (YUM) ini berobjektif seperti berikut :-
- Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan kewangan peribadi yang berhemah
- Meningkatkan pengetahuan terhadap aspek-aspek perancangan kewangan peribadi
- Membolehkan peserta menguasai kemahiran menggunakan kaedah pengurusan kewangan peribadi
- Memberi panduan kepada peserta dalam pengurusan kewangan berhubung pelaburan, pembelian hartanah dan pendidikan anak.