PERUTUSAN 2021 DAN AMANAT KHAS

PENGARAH URUSAN

 

Kakitangan YUM yang dihormati dan dihargai,

  1. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua kakitangan YUM di mana juga anda berada. Pertama sekali saya amat gembira kerana akhirnya semua Kakitangan YUM telah dapat kembali bertugas seperti biasa mulai pada 04hb. Januari yang lepas setelah mendapat kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya harap anda semua teruja dan bersemangat menjalankan tugas dan tanggungjawab harian anda sepenuh masa.
  2. Seperti yang anda semua sudah maklum, bahtera YUM memasuki tahun baru 2021 dengan nakhoda baru. Nakhoda ini tetap akan mengemudi YUM ke destinasi yang sama tetapi akan mengambil kaedah pelayaran dan laluan yang berbeza. Ini kerana perjalanan seterusnya dijangka sukar kerana bahtera yang kita naiki ini telah mengalami ‘kerosakan’ teruk akibat dibadai pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2020. Keadaan akan datang juga masih tidak menentu kerana seluruh negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung Mac 2021.
  3. Kerosakan yang saya maksudkan ialah kemerosotan dan kejatuhan teruk semua Petunjuk Prestasi Utama operasi perkhidmatan kredit mikro YUM. Ini termasuklah kadar pengambilan ahli, kadar penyerahan pinjaman, kadar bayaran balik pinjaman, Portfolio at Risk (Par) dan peningkatan kadar peruntukan hutang ragu.
    1. Kita juga amat dukacita kerana pandemik ini telah memberi kesan yang teruk kepada prestasi dan pembangunan perniagaan ahli-ahli YUM.  Kaji selidik yang telah dilakukan baru-baru ini menunjukkan sebanyak 25% ahli-ahli YUM telah terjejas perniagaan yang akhirnya memaksa YUM melanjutkan penangguhan bayaran pinjaman sehingga 31 Januari 2021.
    2. Memang kita semua kecewa dengan perkembangan ini.  Segala kerja keras kita yang bermula pada tahun pertama pelaksanaan Pelan Strategik YUM (2016-2020) sehingga YUM bejaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada tiga tahun terakhir, kini terhakis akibat pandemik Covid-19. Memang saya akui ada sebab dalaman lain yang turut menyumbang kepada penurunan prestasi yang berkenaan tetapi isu-isu berkenaan mampu kita atasi dan perbaiki.
    3. Sungguhpun kecewa dengan keadaan ini kita tidak boleh mengalah dan berputus asa. Seperti yang pernah saya  katakan sebelum ini bahawa kita juga mempunyai sejarah kemenangan yang hebat! Kita pernah melalui krisis yang lagi teruk dan panjang selama hampir sepuluh tahun iaitu ketika Krisis Kewangan Asia tahun 1997/1998 yang mana kesannya dialami oleh YUM sehingga akhir tahun 2005. Saya yakin kita semua mampu menempuh dan melalui episod sukar pandemik ini.
    4. Selaku Pengarah Urusan YUM yang baru, sudah tentu cabaran dan tanggungjawab segera saya adalah untuk mendepani cabaran atau masalah operasi YUM akibat pandemik Covid-19. Saya perlu memastikan langkah-langkah yang telah diambil dan dilaksanakan pada masa ini perlu diteruskan dan dipantau pelaksanaannya secara dekat. Terutamanya adalah untuk membina semula momentum pertumbuhan program pinjaman YUM dan membantu membangunkan semula perniagaan ahli yang telah terjejas oleh pandemik Covid-19.
    5. Bagi tujuan ini saya akan menekankan dan menggunakan pendekatan 5R dalam merangka dan melaksanakan tindakan-tindakan yang telah dikenalpasti dan apa-apa langkah yang difikirkan sesuai selepas ini.
    6. Oleh itu, YUM tidak boleh melengahkan tindak balas dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sehingga pandemik ini berakhir. Pihak Pengurusan sememangnya memantau rapat perkembangan pandemik ini dengan mengikuti arahan-arahan tetap pihak Kerajaan terutamanya mengenai aspek keselamatan kakitangan dan ahli-ahli YUM.   
    7. Pada ketika ini Pihak Pengurusan YUM sedang merangka perancangan Pelan Strategik lima tahun (2021-2025) YUM. Kita perlu melihat Pelan Strategik ini sebagai turning point untuk membawa dan meletakkan semula YUM ke tahap kecemerlangan. Pastinya pandemik Covid-19 memberikan kita beberapa pengalaman dan pengamatan berguna yang boleh dijadikan panduan dan halatuju YUM bagi tempoh lima tahun yang akan datang.
    8. Saya mohon agar semua Ketua Bahagian dan Ketua Unit memainkan peranan masing-masing dan memberikan komitmen tinggi ke arah penyiapan Pelan Strategik berkenaan. Saya juga mengalu-alukan ide bernas dari semua kakitangan ke arah menjadikan YUM sebagai sebuah agensi yang relevan dan penting kepada visi dan misi besar kerajaan selaku stakeholder utama selaras dengan dasar ‘SABAH MAJU JAYA’ yang menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri ketika ini.  
    9. Untuk menjadikan YUM terus relevan dan penting dalam kerangka perkhidmatan sosio-ekonomi Kerajaan Negeri, kita harus bermula dengan nilai yang perlu dicipta oleh YUM kepada semua pemegang taruhnya (stakeholder). Ini kerana semua organisasi formal samada organisasi perniagaan atau organisasi kerajaan perlu mencipta nilai bagi memenuhi tujuan penubuhannya (reason of being). Nilai yang baik dan berimpak tinggi akan membawa dan menjadikan YUM sebagai sebuah organisasi yang dihormati dan disegani.  
    10. Namun begitu, saya ingin melihat agar semua pegawai dan kakitangan YUM boleh melihat dan memahami perbezaaan dan persamaan proses penciptaan nilai organisasi yang bermotifkan keuntungan (profit oriented) dengan organisasi yang bukan bermotifkan keuntungan (non-profit) seperti YUM. Di mana yang perlu YUM mesti mempraktiskan amalan pengurusan baik (good management practices) yang menjadi amalan dalam organisai korporat yang bermatlamatkan keuntungan. Ini penting bagi memastikan YUM berdaya tahan dalam persaingan industri kredit mikro pada hari ini yang telah disertai oleh institusi kewangan konvensional.
    11. Dalam konteks YUM, Kerajaan Negeri adalah pemegang taruh utama ( dan kumpulan sasar YUM adalah benefisiri. Kerajaan selaku penyumbang dana kepada YUM tidak mengharapkan keuntungan atau pulangan pelaburan wang tetapi mahukan nilai untuk wang (value for money). Nilai tersebut adalah dalam bentuk impak program iaitu kejayaan YUM mengeluarkan kumpulan sasar keluar daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), meningkatkan taraf hidup mereka dan seterusnya menjadkankan mereka  Usahawan YUM Yang Berjaya.
    12. Saya ingin melihat agar YUM dapat menetapkan bentuk nilai yang ideal yang akan memuaskan hati semua pihak berkepentingan di YUM bagi memastikan YUM terus relevan dan penting dalam eko-sistem pentadbiran dan perkhidmatan Kerajaan Negeri. Saya juga mahu melihat matlamat nilai YUM yang berkenaan ditetapkan dan dizahirkan dalam rancangan lima tahun YUM iaitu Pelan Strategik YUM (2021-2025).
    13. Walau bagaimanapun, kita perlu beringat bahawa nilai akan musnah jika tidak dijaga dan diurus dengan baik. Umpama membina sebuah rumah yang memakan masa berbulan-bulan untuk menyiapkannya menjadi sebuah rumah yang cantik dan kukuh. Tetapi memusnahkan rumah tersebut hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Maka itu, YUM hendaklah berusaha keras dan mempunyai program khusus untuk mengekalkan dan meningkatkan nilai yang telah dicipta sejak sekian lama.
    14. Maka dengan itu kita perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh memusnahkan nilai dan mengelakkannya daripada berlaku. Bagi tujuan itu YUM perlu mengambil pelbagai langkah khususnya dari aspek; polisi, sistem, praktis pengurusan dan struktur bidangkuasa:-
    15. Saya juga akan memberi perhatian kepada aspek Kecekapan Operasi. Ini kerana keluhan ahli-ahli YUM mengenai kadar Caj Pengurusan pinjaman YUM yang tinggi masih lagi kedengaran dan menjadi topik perbincangan dalam setiap sesi dialog di antara ahli dan Pengurusan YUM sehingga hari ini. Selain merasai bebannya terhadap bayaran pinjaman mingguan, mereka biasanya membandingkan kadar faedah pinjaman bank atau institusi kewangan di negara ini dengan kadar Caj Pengurusan YUM yang sememang jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah bank-bank berkenaan.
    16. Ini adalah isu rumit bagi kedua-dua pihak ahli dan YUM. Ahli merasakan kadar CP yang tinggi memberi tekanan kepada operasi perniagaan mereka untuk mencatatkan jualan yang tinggi setiap minggu bagi membuat bayaran minggguan. YUM pula memerlukan jumlah caj perkhidmatan yang tinggi untuk menampung kos operasi yang tinggi. Persoalannya, bagaimana mencari atau mencapai keadaan menang-menang yang boleh membawa kepada pengurangan kadar CP pinjaman YUM berkenaan dan ‘memuaskan hati’ kedua-dua pihak.
    17. YUM harus memulakannya dengan memberi perhatian serius terhadap isu berkaitan kecekapan operasi. YUM harus meneliti dan memperincikan bentuk kos perbelanjaan operasi. Ini kerana kadangkala kos dapat dikurangkan dengan meningkatkan kecekapan operasi. Malah usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan operasi merupakan faktor yang mempengeruhi pertumbuhan berterusan, penjangkauan operasi yang luas, mengurangkan kadar CP dan menjadikan program pinjaman YUM termampu oleh golongan sasar miskin.
    18. Saya berharap aspek kecekapan operasi akan menjadi fokus utama Pengurusan YUM yang akan menjadikan YUM sebagai penyedia perkhidmatan kredit yang yang mampu disertai oleh semua golongan sasar YUM. Paling penting ialah YUM harus mengelakkan atau menapis persepsi bahawa YUM mengambil kesempatan atau mengenakan caj perkhidmatan yang tidak berpatutan daripada golongan sasar miskin di Sabah.
    19. Sekali lagi saya ingin menyentuh krisis kewangan 1997/1998 yang menyebabkan episod gelap YUM beberapa tahun selepas itu dan hampir melumpuhkan YUM. Mujurlah usaha menyelamat YUM (bailout) melalui penyaluran dana secara berperingkat telah berjaya menggerakkan semula operasi YUM seterusnya mengelakkan penghentian pekerja. Kita perlu mengambil pengajaran penting daripada episod berkenaan.
    20. Saya faham bahawa ada daripada kita menganggap bahawa kedudukan YUM di bawah kawalan Kementerian Kewangan merupakan satu kelebihan dan jaminan berterusan bahawa YUM akan terus dibantu seperti sebelumnya. Tanggapan ini salah. Ini kerana selaku institusi kewangan (sungguhpun bersaiz mikro) prestasi YUM kini akan dibandingkan dengan agensi sama atau sister agencies di bawah Kementerian Kewangan (SCC dan SDB) yang selama ini menunjukkkan prestasi yang baik.  Hakikatnya, prestasi YUM khususnya prestasi kewangannya akan dipantau lebih dekat dan lebih kerap.
    21. Ringkasnya, YUM berbeza dengan jabatan dan agensi Kerajaan yang sedia ada, di mana kesinambungan fungsi dan peranan mereka seakan terjamin tanpa mengira situasi, krisis dan pergolakan yang berlaku samada dalam atau luar negara. Ini kerana jabatan dan agensi yang berkenaan melaksanakan fungsi asas kerajaan.
    22. Berbeza dengan YUM yang sebenarnya hanya menyediakan perkhidmatan kewangan alternatif (alternative finance) kepada golongan sasar tertentu. Di mana YUM perlu membuktikan worthiness, relevance dan perlu memenuhi prinsip going concern bagi menentukan kewajaran pembiayaannya yang berterusan oleh pihak Kerajaan atau pihak pemberi dana. Satu-satunya pilihan yang ada kepada YUM ialah sentiasa mencipta nilai kepada semua pemegang taruh (stakeholders) berdasarkan prinsip dan kesan kos dan faedah (cost and benefit) yang dianggap manasabah.
    23. Oleh sebab itu, dan untuk mewujudkan tahap kesiap-siagaan YUM bagi mengharungi tempoh sukar pada tahun-tahun yang mendatang, YUM perlu berusaha dan dipacu ke arah prestasi yang seimbang (balanced performance driven). Penetapan sasaran prestasi organisasi YUM akan dikemaskini dan akan dibahagikan kepada tiga sasaran utama iaitu Prestasi Operasi (Operational Performance), Prestasi Kewangan (Financial Performance) dan Prestasi Sosial (Social Performance).
    24. Pencapaian prestasi yang seimbang ini adalah penting bagi menilai keberkesanan dan kecekapan operasi program kredit YUM. Kepincangan atau kegagalan YUM mencapai salah satu prestasi tersebut akan membuka ruang kepada persoalan keberkesanan dan kecekapan operasi YUM secara keseluruhannya. Akhirnya YUM akan dipertanggungjawabkan terhadap cara dan bagaimana ianya menggunakan wang awam dalam pengurusan organisasinya.  
    25. Cara pelaporan dan komunikasi prestasi YUM juga perlu diperbaiki dan ditingkatkan agar ianya dapat memberi gambaran yang tepat, cepat dan mudah di digest. Laporan yang dibuat secara profesional boleh mencetuskan perhatian, kefahaman dan appreciative yang tinggi di kalangan pihak berkepentingan serta boleh dikongsi dengan pihak-pihak luar yang berkenaan bagi meraih sokongan dan kerjasama yang menguntungkan YUM.
    26. Sejak tahun 1995, YUM secara konsisten meletakkan pembangunan keusahawanan sebagai wawasan atau misi utama yang akan diwujudkan oleh Program Kredit YUM. Misi dan matlamat ini perlu diteruskan.
    27. Namun, saya juga berpendapat bahawa sudah sampai masanya YUM perlu memberi perhatian kepada usaha mengarus-perdanakan Usahawan Mikro YUM ke tahap yang tinggi. Di mana mereka lebih visible dan berperanan penting dalam rantaian bekalan sektor atau industri perniagaan yang mereka ceburi. Pada tahap ini mereka mudah mendapat akses kepada pelbagai Khidmat Pembangunan Perniagaan (BDS) yang banyak disediakan oleh pihak Kerajaan pada hari ini.
    28. Ke arah mengarus-perdanakan Usahawan Mikro YUM berkenaan, sekali lagi proses penciptaan nilai YUM menjadi sangat penting. Keseluruhan jentera pentadbiran dan pengurusan YUM perlu digembleng dan bergerak ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi dan berusaha menambah nilai fungsi masing-masing ke arah melahirkan Usahawan Berjaya YUM.  Model Pembangunan Usahawan YUM yang dilaksanakan dalam Pelan Pembangunan Usahawan YUM (2016-2020) akan terus digunakan dan diperkemaskan.  
    29. Antaranya, saya melihat keperluan untuk mempelbagaikan produk pinjaman YUM secara spesifik mengikut industri seperti perusahaan Burung Walit. Keperluan modal bagi perniagaan ini adalah lebih kepada perbelanjaan modal (capex) berbanding modal kerja (working capital). Saya juga ingin melihat wujudnya kolaborasi mantap dengan lain-lain pihak luar samada di peringkat dasar atau pelaksanaan yang boleh memberi nilai tambah kepada keberkesanan Model Pembangunan Usahawan YUM yang berkenaan.
    30. Adalah diharapkan pembangunan Usahawan Mikro YUM dan usaha untuk mengarus-perdanakan sumbangan perniagaan mereka dapat direalisasikan secara berperingkat-peringkat mengikut saiz perniagaan ahli daripada Tahap Mikro 1 (M1) hingga ke Tahap Mikro 3 (M3), seterusnya ke tahap Pengusaha Kecil Dan Sederhana (PKS).
    31. Saya masih terbayang kegembiraan di wajah mantan Pengarah Urusan YUM, En. Freddy Rantau ketika menyerahkan pinjaman Skim Pinjaman Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SPKS) berjumlah RM250,000.00 kepada penerima pertama SPKS iaitu Pn. Norfazilawati Jopiling di Cawangan Tuaran pada 29 Disember baru-baru ini. Beliau menjelaskan bahawa itulah tugasan akhir dan paling bermakna sekali di hari terakhir perkhidmatan beliau dengan YUM. Di mana, YUM akhirnya berjaya juga melahirkan seorang Usahawan PKS YUM. Tugas saya dan anda semua selepas ini adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi Usahawan PKS YUM seperti Pn. Norfazilawati Jopiling.
    32. Saya sentiasa percaya bahawa pada akhirnya sumber manusia atau tenaga kerja adalah kunci utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perancangan organisasi. Kakitangan adalah aset penting kepada YUM. Oleh itu saya ingin memastikan YUM mempunyai kakitangan yang able and willing untuk memikul dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diharapkan.  
    33. Pengurusan dan Pentadbiran Sumber Manusia akan diperkemaskan dan perlu mempunyai pelan halatujunya sendiri bagi menyokong dan komplemen matlamat besar YUM yang akan ditetapkan dalam Pelan Strategik YUM (2021-2025). Antara aspek-aspek yang perlu perhatian khusus ialah Kompetensi Kakitangan, Pembentukan Nilai dan Budaya Kerja, Keselesaan dan Kepuasan bekerja serta Kemajuan Kerjaya kakitangan. Sudah tentu pegawai dan kakitangan yang berjaya menunjukkkan prestasi yang ditetapkan atau yang berprestasi tinggi akan dihargai dan diberi ganjaran yang setimpal dengan prestasi mereka. What’s Get Performed Get Rewarded.
    34. Daripada penjelasan saya tadi, jelas sekali tugas berat menanti kita bagi tempoh lima tahun akan datang. Saya sendiri tidak mempunyai masa yang cukup untuk melihat pelaksananannya hingga ke penghujung penggal pelaksanaan. Oleh itu saya perlu gemblengkan semua tenaga, pengalaman dan kemahiran semua kakitangan dan pegawai YUM bagi mendapatkan padanan the right man for the right job.  Umpama di medan perang I want all boots on the ground. Maksudnya, semua kita perlu memainkan peranan dan memikul tanggungjawab.
    35. Dengan tekad dan azam baru YUM yang saya jelaskan tadi maka, saya dan Pengurusan YUM tidak mempunyai pilihan selain menuntut prestasi dan produktiviti kerja yang tinggi daripada semua kakitangan. Hanya dengan komitmen kerja yang tinggi daripada semua kakitangan, YUM akan dapat membina momentum pertumbuhan positif secepat mungkin seterusnya membawa YUM keluar daripada kemerosotan yang sedang kita alami sekarang.
    36. Maka yang demikian saya sangat berharap dan memohon kerjasama daripada semua lapisan kakitangan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik to the best of your ability untuk mencapai Misi dan Visi YUM yang akan ditetapkan kelak.  Dalam kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan YUM yang telah memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada Pihak Pengurusan sejak permulaan pandemik ini untuk mengekang dan mengurangkan risiko dan kesan negatifnya ke atas YUM.
    37. Akhir sekali, marilah kita sama-sama berdoa agar pandemik ini akan cepat berakhir dan kita dapat bekerja semula dan meneruskan khidmat bakti dan misi kita untuk membantu kerajaan menangani isu-isu kemiskinan seterusnya meningkatkan taraf hidup golongan sasar perkhidmatan kredit YUM di Negeri Sabah.

Kesan Pandemik Covid-19

YUM Pasca Covid-19

Resolve (Tekad) – Saya perlu melakukan usaha awal untuk membuat siri engagement dengan kedua-dua kumpulan iaitu kakitangan dan ahli-ahli YUM. Bertujuan untuk menggesa dan memberi motivasi dan membina tekad mereka untuk kembali mencipta kejayaan dan bangkit melaksanakan tanggungjawab mereka samada sebagai kakitangan atau sebagai Usahawan.

Restart (Memulakan) – Saya akan memastikan dan dan menggesa semua kakitangan dan ahli-ahli YUM memulakan kerja-kerja atau aktiviti operasi perkhidmatan YUM yang selama ini terhenti atau tertangguh dengan azam, semangat dan tekad baru.

Recovery (Pemulihan) – Melaksanakan program pemulihan secara khusus bagi Cawangan-Cawangan YUM dan juga ahli-ahli Usahawan yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 ini.  Ini termasuk menyediakan apa juga infra dan sumber yang diperlukan bagi memulakan aktiviti-aktiviti yang berkenaan.

Revitalise (Merancakkan semula) – Setelah aktiviti operasi YUM dan aktiviti periagaan ahli telah stabil melalui langkah pemulihan, maka tumpuan seterusnya adalah untuk merancang dan melaksanakan program-program khusus bagi merancakkan atau mencergaskan semula operasi YUM dan juga aktiviti perniagaan ahli ke tahap yang lebih kompetitif dan seterusnya membina daya tahan.

Reform (Pembaharuan) – Dalam usaha untuk mewujudkan dan menambah nilai perkhidmatan YUM, saya akan melihat aspek-aspek kritikal yang perlu kepada perubahan seperti dalam aspek teknologi kewangan (fintech) dan lain-lain keperluan digital yang lain. Ianya penting bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bagi memaksimakan manfaat perkhidmatan YUM kepada kumpulan sasar dan pelanggan-pelanggannya.

Penggubalan Pelan Strategik YUM (2021-2025)

YUM Perlu Mencipta Nilai Secara Berterusan (Value Creation)

Mengekalkan dan Meningkatkan Nilai

i.Aspek Polisi: -  YUM perlu melihat dan menambahbaik pelbagai polisi dan prosedur yang mengawal keseluruhan operasi perkhidmatan kredit mikro YUM seperti polisi pengambilan ahli, polisi pengeluaran pinjaman sehingggalah kepada polisi kawalan risiko kredit dan polisi pelupusan hutang lapuk.

ii.Pelaksanaan Sistem:- YUM perlu mempergiatkan usaha untuk melaksanakan transformasi digital terhadap pelbagai sistem operasi dan pentadbiran yang diwujudkan untuk mengawal proses kerja, penyimpanan data dan maklumat, pengurusan sumber-sumber organisasi termasuk sumber manusia dan sebagainya.

iii.Amalan Pengurusan:- YUM perlu terbuka dan adaptive kepada pelbagai amalan dan praktis pengurusan yang baik masa kini yang akan menjadi prinsip dan panduan kepada kakitangan dan pegawai YUM dalam proses pembuatan keputusan dan melaksanakan tindakan. Contohnya, penetapan nilai dan norma  terpilih dalam dokumen strategik YUM.

iv.Struktur Bidangkuasa: - YUM perlu memperkemaskan struktur bidangkuasa dan kapasiti jawatan pegawai-pegawai utama dengan menjelaskan bidang tanggungjawab dan kuasa masing-masing. Ini termasuklah pelbagai lapisan dan jenis Jawatankuasa yang diwujudkan bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab khas mengikut Terma Rujukan pembentukan Jawatankuaa berkenaan.

Kecekapan Operasi

Ke Arah Prestasi Seimbang (Balanced Performance)

Mengarus-Perdanakan Usahawan Mikro YUM

Pengurusan Sumber Manusia

Struktur Pengurusan Baru YUM

Bagi tujuan ini saya perlu ubah-suai struktur organisasi, fungsi dan tanggungjawab pegawai-pegawai tertentu. Sudah tentu ini akan melibatkan pertukaran, perpindahan, penggabungan unit dan kenaikan pangkat di mana yang perlu dan wajar. Saya harap semua ini dapat saya selesaikan dalam masa seminggu dua ini.

Sematkan Tekad, Harapan & Doa

Sekian. Assalamualaikum, Selamat Bertugas.