Majlis Penghargaan Mantan Pengarah Urusan (Jasamu Dikenang), Encik Freddy Rantau telah diadakan pada 9 Januari 2021 bersamaan dengan Hari Sabtu bertempat di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu. Seramai 75 orang yang terdiri daripada kakitangan YUM termasuk ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YUM telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. En. Freddy Rantau telah berkhidmat dengan YUM selama 32 tahun.

Encik Freddy Rantau dalam ucapannya menyatakan beliau sangat menghargai pengalaman bekerja di YUM dan merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu beliau samada secara langsung dan juga secara tidak langsung.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kewangan Negeri Sabah, Tuan Hj. Rusdin Riman merangkap Pengerusi LPA YUM. Beliau juga telah merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Freddy Rantau di atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan YUM.

Pelbagai pengisian sepanjang majlis tersebut di antaranya ialah tayangan video khas mengenai perjalanan perkhidmatan mantan Pengarah Urusan (4 April 1988 – 29 Disember 2020) dan penyampaian cendera kenangan kepada mantan Pengarah Urusan daripada Pihak Pengurusan, Wilayah-wilayah dan Cawangan Beaufort.