sppd

PENDAHULUAN

Skim Pinjaman Pendidikan (SPPD) adalah satu produk pinjaman yang ditawarkan kepada ahli-ahli YUM bagi membiayai kos-kos pendidikan yang tidak diliputi oleh pihak kerajaan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi.

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar ialah Ahli/peminjam sedia ada YUM yang telah melepasi pinjaman pertama Skim Pinjaman Am (SPA). 

KELAYAKAN PEMOHON

  1. Berumur tidak melebihi 59 tahun semasa permohonan pinjaman.
  2. Kadar rekod bayaran balik semasa pinjaman yang baik.
  3. Memenuhi syarat pinjaman berkembar.
  4. Mempunyai kemampuan kewangan yang baik.
  5. Pusat mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang cemerlang.
  6. Mendapat sokongan pusat.
  7. Kadar kehadiran Mesyuarat Pusat (MP) sekurang-kurangnya 85%
  8. Perniagaan masih berjalan dan mempunyai disiplin kredit yang baik.
  9. Pemohon hanya boleh memilih salah satu jenis pinjaman di bawah program peningkatan kualiti hidup dalam satu-satu masa.

JUMLAH PINJAMAN

Jumlah pinjaman adalah antara RM300.00 hingga RM3,000.00 

MOD DAN TEMPOH PINJAMAN

Mod bayaran balik adalah secara mingguan dengan tempoh pinjaman adalah 50 dan 100minggu.