Soalan Lazim (FAQ)

 

1) Bolehkah meminjam jika ada pinjaman perniagaan dengan institusi kewangan lain ?

Tidak. Walau bagaimanapun pinjaman pelajaran seperti PTPTN dan pinjaman peribadi dikecualikan tertakluk kepada liabiliti kewangan   pemohon.

 

2) Apakah bentuk pinjaman yang diberi ?

 Pinjaman adalah berbentuk pemberian modal pinjaman secara tunai.

 

3) Adakah perlu menubuhkan kumpulan untuk meminjam ?

Tidak. Pinjaman adalah bersifat individu. Bakal peminjam tidak terikat dengan konsep Pusat atau perlu mempunyai kumpulan seperti   pinjaman YUM sedia ada.

 

4) Apakah tujuan pinjaman yang dibenarkan ?

Pinjaman hendaklah digunakan sebagai modal permulaan perniagaan atau pengembangan perniagaan untuk tujuan membiayai aset   modal, barangan jualan, bahan mentah dan kos operasi perniagaan kecuali pembayaran gaji kakitangan, sewa permis perniagaan dan   dilaburkan dalam saham atau perniagaan orang lain.

 

5) Berapakah tempoh pinjaman ?

 Tempoh pembayaran adalah samada 1,2,3,4 atau 5 tahun.

 

6) Berapa caj pengurusan ?

 Caj Pengurusan (CP) adalah 9.0% setahun secara kadar rata (flat rate).

 

7) Adakah diberikan rebat sekiranya melunaskan pinjaman awal ?

 Tiada rebat diberikan untuk pelunasan awal pinjaman.

 

8) Apakah perlindungan pinjaman ?

Peminjam diwajibkan mencarum ke dalam Tabung Kecemasan SPUS yang bertujuan melindungi pinjaman. Kadar caruman adalah sama   dengan kadar yang berkuatkuasa.

 

9) Adakah pinjaman memerlukan cagaran atau penjamin ?

 Pinjaman tidak dikenakan sebarang cagaran. Walau bagaimanapun, seorang penjamin diperlukan.