Penyerahan Pinjaman

Majlis sambutan ulang tahun dan jamuan teh untuk mantan Pengarah Urusan, En. Freddy Rantau telah diadakan pada 29 Disember 2020 bersamaan dengan Hari Selasa bertempat di Seksyen Pentadbiran dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat. Majlis ini bermula jam 3.00 petang dan dihadiri oleh kakitangan Ibu Pejabat.

Majlis ini diserikan dengan ucapan daripada mantan Pengarah Urusan dan sesi memotong kek sempena ulang tahun kelahiran beliau ke – 58 tahun. Encik Freddy Rantau dalam ucapannya turut mengumumkan bakal Pengarah Urusan YUM iaitu En. Jayari Hj. Misuari. Beliau juga berasa bersyukur dan sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.